CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 8, 2014

E-Day : Firdaus & Mazieha

Assalammualaikum...hai kesayangan :)
ya allah..lama sungguh kan jiha x hupdate...ok lah arini arini terasa rajin nk hupdate dan hupload.



Jika permulaan kisah itu dimulakan dengan derita,diselangkan jua dengan tangisan,maka percayalah...akan hadir kebahagiaan yang diberi oleh ALLAH S.W.T pada mereka yang bersabar dengan ujianNya... Dan Jangan pernah menidakkan janji Allah kerna akan sampai suatu masa Allah akan tunaikan janjinya,maka nya titipkan lah doa sebagai benteng kekuatan hati kau untuk ditempuhi...Alhamdulillah untuk segala titik perjalanan...maka bermula la perjalanan sebagai TUNANGAN orang :)













Monday, October 28, 2013

Resepi Fruit Salad

Assalammualaikum....pembuka bicara ku hulurkan chewahh...ihikss....rasanya dh berzaman aku x post entry baru...hahaha..kalau dulu soal cinta je kan...tapi sekarang soal makanan.....haaa meh sni jiha kongsi resepi arini....fruit salad atau pun salad buah-buahan....nah sedap bak ang....hahahha...ok meh kite mulakan yee anak2...hahaha




Bahan - Bahan :
1) Manggo,avocado, tomato cherry (dipotong dadu),baby oranges ( tak perlu potong saiz mmg dah kecil)
2) 1 sudu besar real mayonaise
3) 2 sudu besar yogurt plain
4) 5 sudu besar fruit salad dressing
5) secubit garam





Ini yang dh siap...nyummeeeeyhhhhh....hikhik






Cara penyediaan dressing:

satu kan mayonaise, yogurt, fruit salad dressing dan garam dan gaul rata.psstt.. ada satu lagi cara untuk menyediakan dressing yang selalu jiha buat dengan menggunakan avocado..may b for next entry la ya. ..

Cara penyediaan Fruit Salad:

satukan buah2an kedalam bowl dan tuangkan dressing tadi gaul rata. siap untuk dihidangkan.psstt: jangan gaul lama sangat,berhati2 ketika menggaul kerana avocado sgt lembut...takut hancur nanti..



Okey!....selamat mencuba sayang2 ♥♥♥

Wednesday, November 7, 2012

Biar Aku Khabarkan padamu...



✿..Biarkan aku KHABARKAN padamu bahawa aku cuma GADIS BIASA, aku bukan bidadari kayangan yang sempurna.. aku bukan rupawan dari hikayat dongeng, yang sangat jelita.. aku cuma gadis biasa, hidupku pun bukan hanya indah dan bahagia..

Biar aku ingatkan kamu, bahawa aku bukan bidadari yang turun ke bumi.. dengan kejelitaan dan kesempurnaan yang kamu impikan.. ✿


>>> sungguh, aku BUKANLAH WANITA YANG SEMPURNA.. wallahua'lam..♥♥

Monday, October 22, 2012

CHOCOLATE BROWNIES

CHOCOLATE BROWNIES



Bahan-Bahan

125 gm Tepung Gandum
25 gm Koko
125 gm Gula Halus Perang
125 gm Majerin
2 biji Telur
2 cb Susu Tepung Bancuhan
1 ct Baking Powder

Caranya :

1. Sediakan Adunan Kek Cara Putar.
2. Putarkan majerin dan gula halus perang hingga kembang,kemudian masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati...
3. masukkan tepung gandum,koko,susu tepung bancuhan dan baking powder kemudian putarkan lagi hingga kesemuanya sebati.
4. sapukan majerin sedikit ke dalam loyang pembakar,kemudian masukkan adunan tadi dan bakar pada suhu 180.

CHOCOLATE COATING (chocolate icing)

Bahan-Bahan

80 gm Majerin
50 gm koko
6-8 cb Susu Cair ( susu segar setengah kotak besar)
200 gm Gula Aising(diayak)
Kacang Tanah (dicincang kasar sbg hiasan)

Caranya:

1. Cairkan koko bersama majerin dan masak selama 1 minit sahaja.alih dari api dan masukkan susu cair              serta gula aising kedalamnya.
2.kacau hingga licin dan likat.
3.tuangkan penyadur chocolate ini ke atas kek dan hiaskan dengan kacang tanah yang telah di cincang   kasar..

Woman Was Made From......



Woman was made from the rib of MAN....
SHE was not created  from his HEAD to TOP him...
NOT from his FEET to be stepped upon...
She was made from his side to be CLOSE to HIM....
From beneath his arm to be PROTECTED by HIM....
Near his HEART to be LOVED by HIM....






Tuesday, August 7, 2012

Resepi Polka Dot- Dot.....

Assalammualaikum...

hai2 korang....arini ziha nak share resepi tau!..huhu sebabnyaa?terlalu ramai yang inbox ziha supaya kongsikan resepi...hehehe..so arini tetiba baik ati nak kongsi resepi dan cara2 membuatnya sekali ehh...huuu
resepi kali ni POLKADOT atau lebih dikenali sebagai APAM POLKADOT..hmm whatever la kan asalkan boleh makan ye dak?..ahaa xnak buang masa lagi meh ziha bagi resepi...


BAHAN-BAHANNYA :

3 Biji Telur ( dari peti ais)
280 gm Tepung Gandum
2 SDT baking Powder
220 gm Gula Halus
250 ml Susu Segar / Susu Cair / Santan
1 SDT Esen vanila
1 SDT Ovallette

CARA-CARANYA :

(1)

Masukkan telur,Gula Halus,Ovalette ke dalam mangkuk MIXER dan pukul dengan kelajuan MAXIMUM sehingga kembang dan berwarna PUTIH....

(2)

Campurkan bahan-bahan lain,Susu,tepung,baking powder dan esen vanila...kemudian MIX kan lagi hingga SEBATI....

(3)

Kemudian Bahagikan adunan tadi kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna kesukaan anda..dan masukkan setiap adunan yang berwarna tadi ke dalam PIPING BAG mcm gambar kat atas ni...

(4)

Okeyy...dah siap sume kann?..so letakkan cawan kertas comel2 tu kat dalam bekas yang sepatutnyaa...mcm dalam gambar ni...

(5)

bila dah letakkan cawan kertas tadi...picitkan adunan tadi..picitkan suku je...jangan banyak2 tauu...

(6)

okey!...dah letak suku je adunan tadi...kemudian picitkan filling pula...terserah nak letak filling jem strawberry atau filling coklat...atau kaya...kalau nak resepi filling coklat nanti ziha poskan juga yeee...

(7)

kemudian bila dah letak filling tadi tu...picitkan lagi sikit adunan tu..kemudian dot2 kan mengikut warna kesukaan korang la eh...kemudian kukuskan selama 10 minit - 15 minit...

(8)

okey bila dah kukus selama 10-15 minit tu..dah boleh la angkat kemudian hidangkan....makan panas2 ni sedap tau!..terasa filling chocolate dalam tu..huheee...

(9)

haaaa tengok2...comel2 kannn dot2 kite..hahaha SELAMAT MENCUBA KAWAN2....
=D

Thursday, July 12, 2012

Sungguh Takdir ALLAH itu INDAH

lhamdulilah dengan lafaz bismillah ziha mulakan entry kali ini dengan tajuk...SUNGGUH TAKDIR ALLAH ITU INDAH!..
yaa.mmg sgt2 indah bile dpt menikmati takdir itu dgn hati yg msh lagi terkejut...namun ikta sebagai manusia hanya mampu merancang je kan?...dan..
Bilamasa hati tidak tenteram..maka ayat AL-QURAN penyembuh segala duka lara..alangkah indahnya saat membaca ayat2 SYURGA itu..

namun apabila dtgnya seorang lelaki yang melamar kita bukan untuk berCOUPLE tetapi melamar kita untuk menjadi ISTERINYA maka layakla dia dijadikan idola dan juga menerima dirinya seadanyaa...
hanya solat istikharah dan solat sunat yg akn ku lakukan sambil tidak henti aku berdoa supaya diperkenankan jodohku...dan...
Seandainya dia untukku Ya ALLAH, satukanlah hati kami dalam redhaMu Ya Rabb...


Ya Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu.

Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku.

Ya Rahman, andai benar dia milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pembimbingku, maka Kau bukalah pintu hatiku untuk menerimanya.

Tenangkan hatiku andai keputusanku ini benar, dan berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb.

Namun, andai bukan dia yang sepatutnya aku dampingi, maka jauhikan aku dari dirinya, kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu.

Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang
terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn.

Adakala takdir ALLAH itu indah,TAPI adakalanya takdir ALLAH itu tak seindah yang kita sangkakan .. =) dan Lelaki yang baik adalah lelaki yg melihat perempuan untuk perkahwinan. Bukan untuk memenuhi kehendak mata dan selera jiwanya,maka"KAMU" berada dalam sujud ISTIKHARAH ku...

Saya juga belum tentu akan menikahi orang yang saya cintai tapi saya akan mencintai orang yang saya nikahi :)