CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 12, 2012

Sungguh Takdir ALLAH itu INDAH

lhamdulilah dengan lafaz bismillah ziha mulakan entry kali ini dengan tajuk...SUNGGUH TAKDIR ALLAH ITU INDAH!..
yaa.mmg sgt2 indah bile dpt menikmati takdir itu dgn hati yg msh lagi terkejut...namun ikta sebagai manusia hanya mampu merancang je kan?...dan..
Bilamasa hati tidak tenteram..maka ayat AL-QURAN penyembuh segala duka lara..alangkah indahnya saat membaca ayat2 SYURGA itu..

namun apabila dtgnya seorang lelaki yang melamar kita bukan untuk berCOUPLE tetapi melamar kita untuk menjadi ISTERINYA maka layakla dia dijadikan idola dan juga menerima dirinya seadanyaa...
hanya solat istikharah dan solat sunat yg akn ku lakukan sambil tidak henti aku berdoa supaya diperkenankan jodohku...dan...
Seandainya dia untukku Ya ALLAH, satukanlah hati kami dalam redhaMu Ya Rabb...


Ya Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu.

Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku.

Ya Rahman, andai benar dia milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pembimbingku, maka Kau bukalah pintu hatiku untuk menerimanya.

Tenangkan hatiku andai keputusanku ini benar, dan berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb.

Namun, andai bukan dia yang sepatutnya aku dampingi, maka jauhikan aku dari dirinya, kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu.

Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang
terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn.

Adakala takdir ALLAH itu indah,TAPI adakalanya takdir ALLAH itu tak seindah yang kita sangkakan .. =) dan Lelaki yang baik adalah lelaki yg melihat perempuan untuk perkahwinan. Bukan untuk memenuhi kehendak mata dan selera jiwanya,maka"KAMU" berada dalam sujud ISTIKHARAH ku...

Saya juga belum tentu akan menikahi orang yang saya cintai tapi saya akan mencintai orang yang saya nikahi :)


Sunday, May 13, 2012

Ketika seorang wanita itu menangis di hadapanmu

Ketika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,itu berarti dia tak dapat menahannya lagi.

Ketika kamu memegang tangannya saat dia menangis,dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Ketika seorang wanita menangis keranamu.tolong jangan mempersiakannya.Mungkin karena keputusanmu,kau merosakkan kehidupannya.Saat dia menangis di depanmu,Saat dia menangis keranamu,lihatlah matanya….dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

ketika kamu membiarkannya pergi,dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.Selamanya….Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.

Jagalah perasaannya dan cintailah sepenuh hatimu karna Allah,sewaktu ia takut dan sendiri,Hapuslah air matanya,ketika ia merintih dan menangis,Buatlah ia tersenyum,di saat ia bersedih dan kecewa

Rasakanlah kesedihannya,ketika ia berduka dan janganlah kau membuat hatinya hancur dan terluka,karena pada suatu saat nanti engkau akan sadar, betapa pentingnya ia saat ia telah pergi dari hatimu untuk selamanya.

Thursday, May 10, 2012

CINTA...KEK dan PERASAAN

CINTA ni kan umpama KEK dan MANUSIA kan?
bile SEDAP @ CANTIK...sume orang suka kan? sampai hbs dimakannya...
TAPI bile TAK SEDAP @ TAK CANTIK....orang akan ketepikan KEK tu..sudahnya ditinggalkan begitu sahaja.....

RAGAM MANUSIA SEKARANG (>.<)

after ziha post bende ni kat twitter kot..ade someone komen mcm ni....


HIM: tapi CINTA yang AGUNG......akan MANIS sehingga akhir hayat..

ME: CINTA yg AGUNG itu perlu melalui banyak KEPAHITAN sebelum KEMANISAN.. (^_^)

HIM: jadi JANGAN MENGALAH! sblm MENDAPAT CINTA AGUNG anda!..

ME: MENGALAH?..hanya mampu BERDOA pada yang satu agar dpermudahkan segalanya :)

HIM: Sesungguhnya BERKAT DOA dan KESABARAN adalah KUNCI utama PINTU KEBAHAGIAAN..

ME: DAN sesungguhnya DIA YANG MAHA MENGETAHUI SEGALANYA (^_^)

-END OF CONVERSATION-

Wednesday, May 9, 2012

Sejuta Janji....


Ehem...ziha ternampak puisi nikat satu tempat :)...
juust wanna share it to u all... :)


Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga....
Disentuh oleh tangan asing, layulah ia
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia...

Jangan kau gantung dia tiada bertali
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur....
Petiklah ia....
Secepatnya!
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini...
Bukankah itu ajaran Rasul kita?
Bukankah itu menghindari kemurkaan Tuhan kita?
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh....
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nan abadi.....

INDAHKN PUISI NI...??
HANYA YG MNGERTI SAJE AKN PAHAM TENTANG ISI KANDUNGAN PUISI NI... :)





Tuesday, December 27, 2011

BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.



Sepertimana yang diberitakan oleh akhbar Berita Harian, terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier kerjanya.

Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.

Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.

"Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki".

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah s.w.t. pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah dikala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di syurga kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin. Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan". Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia telah berkahwin??" Jawab Baginda s.a.w , "Kahwinilah juga dia" (diulang sebanyak tiga kali).

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada dibawah naungan suami.

Wallahu'alam...